Pengenalan

Persatuan Kebajikan Kasih OKU Selangor atau “PKKOS” ditubuhkan pada tahun 2020, adalah sebuah organisasi kebajikan komuniti bukan kerajaan dan bukan bermotifkan keuntungan. (Nombor Pendaftaran: PPM-018-10-29092020)

Kewujudan Persatuan Kebajikan Kasih OKU Selangor adalah untuk membantu kanak-kanak istimewa, orang cacat dan warga emas yang tidak berdaya atau terbiar, supaya mereka mempunyai satu “tempat perlindungan” yang mesra.

Kanak-kanak istimewa dan orang kurang upaya ialah bidadari yang patah sayap. Mereka menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan dalam hidup akibat ketidaksempurnaan fizikal dan mental. Selain itu, mereka perlu tabah dan menerima pandangan luar biasa masyarakat terhadap mereka.

Di PKKOS, kami komitedmemberikan bantuan yang sedaya-upaya kepada kanak-kanak istimewa, OKU dan warga emas yang kesepian dan tidak berdaya. Kami percaya bahawa dengan kasih sayang, penjagaan dan iringan kami, mereka akan mempunyai kehidupan yang lebih ceria.

Kisahnya bermula apabila saya menaiki keretapi untuk pergi mencari sesuap nasi. Tetiba hati menjadi sebak dan sayu apabila melihat seorang lelaki tua yang cacat penglihatan yang mencari rezeki dengan menjual tisu, dan keropok. Ianya dikenali sebagai pakcik Ali Yang hanya bertongkat. Namun semangat dan kegigihannya untuk mencari rezeki sangat kental.

Di sinilah bermulanya saya terfikir untuk membuka Pusat Kebajikan bagi membantu anak-anak OKU dan warga emas yang kesusahan dan terbiar serta berusaha keras dalam mencari rezeki. Sebenarnya ianya merupakan salah satu peringatan pada diri sendiri untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Keikhlasan sememangnya tidak boleh dilihat tetapi tulusnya sebuah keikhlasan itu dirasai dengan jiwa dan hati yang suci.

Satu Sumbangan
Satu Kasih
Satu Harapan